Powered by Blogger.

Nikah dan Kahwin Part 1

by - Sunday, January 29, 2017


Nikah atau Perkahwinan ini satu tajuk yang perlu dititik beratkan kerana ia amat penting bagi orang orang Islam sama ada yang sudah berkahwin ataupun belum. Konsep perkahwinan didalam Islam ada dua. Iaitu ;

1- Ibadat; Apabila suami dan isteri menjalankan tanggungjawab masing-masing, mereka akan diberi pahala oleh Allah s.w.t. Setiap usaha fizikal dan mental untuk menjaga kerukunan rumahtangga juga akan diberi pahala oleh Allah s.w.t


2- Sunnah Rasulullah s.a.w; Dalam usaha dakwahnya mengembangkan Islam, mengatasi kepicangan sosial, mewujudkan perpaduan umat dan mengembangkan generasi yang soleh. Sesiapa yang berkahwin beerti dia telah mengikut sunnah baginda. Sabda Rasulullah s.a.w :

Maksudnya: Daripada Anas bin Malik r.a katanya: Bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Perkahwinan itu merupakan sunnahku, maka sesiapa yang membenci sunnah ku, dia bukan daripada golongan ku."
3- Melaksanakan tuntutan fitrah manusia: Fitrah manusia sukakan hidup berpasangan, mempunyai zuriat dan pergaulan yang halal.


Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri yang jenis kamu sendiri supaya kamu senang hati dan hidup mesra dengannya. Dan dijadikan antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan." - (Surah al-Rum: 21) 

PENGERTIAN PERKAHWINAN
Apa itu perkahwinan? Pengertian perkahwinan ini boleh dibahagi kepada dua. Iaitu dari segi bahasa dan juga segi syarak/istilah. Dari segi bahasa perkahwinan ini dianggap sebagai:  

You May Also Like

0 comments

Saya hanya menulis. Jika ada terkasar bahasa. Maafkan saya. Jika terjatuh cinta dengan penulisan saya, Sila Komen