Powered by Blogger.

Resepi: Ayam Masak Merah

by - Wednesday, October 18, 2017


Ok gambar takde kaitan dengan resepi. huhu. takpelah. Janji makanan haha. So, first of all, Pyka nak cerita sikit la macam mana boleh dapat resepi semudah 123 ni haha. Act, mula dengan encik tunang nak makan, and I was "nak masak apa ye?" yee ni memang scene semua suri rumah ye. Hari-hari masak sampai rasa dah takde idea nak masak apa. Tapi memandangkan encik tunang ni nak jugak dan dia tak pernah rasa pyka punya ayam masak merah. So, I decide untuk masak. Resepi sangat mudah dan simple gitu..


BAHAN KISAR: 
  • 1 1/2 biji bawang merah (kadang pyka guna dua terus)
  • 2 ulas bawang putih
  • Segenggam cili kering (ikutlah korang nak pedas mana)
  • Sedikit minyak masak (untuk haluskan bahan kisar)
BAHAN MASAKAN:
  • Ayam 4-6 ketul
  •  Sos cili
  • 2 batang serai
  • 2 biji tomato (optional)
  • Garam
  • Kiub pati ayam maggie
  • Gula
  • Sedikit air 
  •  Kunyit serbuk




  • First of all, kisar semua bahan kisar sehingga lumat
  • Gaulkan ayam dengan garam serta serbuk kunyit
  • Panaskan api dan goreng ayam terlebih dahulu. Jangan terlalu masak sebab nanti kita nak campak dalam masak merah kita.
  • Angkat ayam dan toskan. 
  • Gunakan minyak yang sama, minyak goreng ayam tu. Masukkan bahan-bahan yang telah siap dikisar halus
  • Tumiskan sehingga naik bau kemudian masukkan serai, garam, kiub pati ayam, gula, sedikit sos cili (bagi ada rasa masam-masam sikit) dan sedikit air.
  • Jika masak merah dah mula naik bau dan masak, masukkan ayam yang telah digoreng dan tomato
  • Tunggu sehingga tomato masak dan tutup api..
  • TADAA! Dah siap. Senangkan? Kalau suka, share la dekat kawan-kawan

You May Also Like

1 comments

Saya hanya menulis. Jika ada terkasar bahasa. Maafkan saya. Jika terjatuh cinta dengan penulisan saya, Sila Komen