Powered by Blogger.

Review: Nano White Fresh

by - Thursday, October 19, 2017



Hi, siapa sini pakai nano white fresh? yang botol cute tu, huhu. Kita geng. Harini pyka nak buat review sikit. Sama ada produk ni bagus atau tidak.


JENIS NANO WHITE FRESH


  • Foam Cleanser
  • Gel Cleanser
  • Miracle Mist 9in1
  • Mattifying Moisturiser
  • Dark Spot Corrector
  • Scrub
  • Aqua Sleeping Essence




INGREDIENTS


Important ingredient in this product is:
  • Tea tree oil
  • Sea algae
  • Vitamin C


Bahan lain:

Water, Glycerin, Stearic Acid, Lauric acid, Cocamidopropyl Betaine, Myristic Acid, PEG-75, Glyceryl Stearate, PEG-100 Stearate Polysorbate 20 and etc

Maaf, malas nak taip semua haha. Pencuci muka ni sangat sesuai untuk muka yang mempunyai masalah minyak yang takboleh bawa bincang. haha sebab ia mempunyai tea tree oil, tea tree oil sangat bagus untuk segarkan muka. Dalam setiap produk Nano White Fresh, akan diselitkan dengan tea tree oil.

Apa effect bila pakai?

Effect dia depends kepada kulit si pengguna, jika selepas basuh muka, korang rasa muka korang tegang, itu maksudnya pencuci muka ni tak elok untuk muka korang. Ia mungkin mengandungi tea tree oil, tapi selain itu, ia juga mempunyai bahan-bahan lain yang mungkin tidak sesuai untuk muka korang. Tapi jika sebaliknya, korang akan rasa segar bila pakai dan berangin.

Boleh ke pakai kalau kulit muka kering?

Huhu, sebaiknya tak perlu pakai. Kalau tanya pharmacy, dorang pun tak galakkan kalau kulit korang kering untuk pakai product ni sebab product ni memang direka khas untuk yang mempunyai masalah kulit berminyak.


CARA-CARA PAKAI

  • Cuci muka korang dengan air suam, letakkan sedikit Foam Cleanser ditapak tangan dan gosokkan sehingga berbuih. *Sapukan dimuka dengan cara yang betul, kalau cara cuci muka salah, boleh menyebabkan muka tambah teruk. (dua kali sehari)

  • Bilas muka korang dengan air suam/air bersih. *Jangan guna air dalam baldi sebab berkemungkinan air tu dah bercampur dengan bekas sabun mandi korang lepas korang bilas badan. Nanti makin teruk pula muka korang.

  • Keringkan muka dengan towel bersih (khas untuk muka). *Jangan lap, dab dab kan aje dekat muka

  • Gunakan Miracle Mist dan tunggu sehingga kering. Korang boleh guna kapas dan lapkan dekat muka atau just spray je mist tu. Miracle Mist mampu menyegarkan muka korang bila muka letih. Boleh digunakan berapa banyak kali yang korang nak sebab Miracle Mist bukan Toner

  • Lepas guna Miracle Mist, korang boleh sapu Moisturiser dekat muka korang dan dab dabkan dia. Pakai pagi dan malam untuk kesan yang menawan ye.

Okay! Sekian sahaja review pyka huhu. Oh lupa nak cakap, pyka cuma pakai 3 barang je. Foam Cleanser, Moisturiser dan Miracle Mist. Jadi pyka boleh cerita serba sedikit je. Tak berani nak review yang lain sebab tak pakai. Jangan lupa komen ye!




You May Also Like

2 comments

  1. Saya pun pakai ni, best. rasa segar selalu

    ReplyDelete

Saya hanya menulis. Jika ada terkasar bahasa. Maafkan saya. Jika terjatuh cinta dengan penulisan saya, Sila Komen