Powered by Blogger.

Tips: Hilangkan Kesan Darah Period Pada Seluar Dalam

by - Tuesday, October 17, 2017



Hi semua! Memandangkan Pyka tengah cuti sem, Pyka rasa nak luangkan masa dengan berblogging la. hehe. So, today Pyka nak share sikit tips untuk para wanita diluar sana. huhu. 

Siapa pernah alami masalah bocor waktu period? Of course ramai yang pernahkan. Lagi-lagi kalau first day atau second day. Darah keluar macam air terjun. haha. Sampai ada yang takut nak duduk sebab takut bocor. Bila dah bocor, mesti ada kesan kan? Susah pulak tu nak hilang. Hmmm..





Harini, Pyka nak share sikit tips nak hilangkan kesan darah period pada seluar dalam terutama atau pada baju yang terkena kesan darah period..


Kesan darah baru:


  1.  Siramkan pakaian kotor dengan air suam-suam kuku dan kesan yang terkena kotoran.
  2. Gosokkan bahagian kotor dengan sikat atau jari menggunakan sabun mandi atau sabun basuh baju
  3. Gosok sehingga bersih dan SIAP!

Kesan darah lama:

  1. Celupkan kain pada cecair peluntur (pastikan kain bukan jenis warna turun)
  2. Sapukan dibahagian kotoran   *jangan tuang terus. rosak baju nanti
  3. Tips ini sesuai untuk pakaian berwarna putih atau terang
Tips lain:

  1. Gunakan pil aspirin
  1. Hancurkan pil aspirin dan larutkan didalam air
  1. Sapu aspirin dibahagian kotor
  1. Cuci dan bilas hingga bersih

Tips lain 2.0:

  1. Sapu baking soda pada kesan darah sehingga warna pudar
  1. Bilas dan lihat hasilnya


JANGAN LUPA CREDIT

You May Also Like

0 comments

Saya hanya menulis. Jika ada terkasar bahasa. Maafkan saya. Jika terjatuh cinta dengan penulisan saya, Sila Komen