Tips: Kenali Jenis Kulit Anda


Hi! Tengah buat apa pagi-pagi ni? Tidur lagi or kemas rumah? hehe. Sebenarnya pyka baru balik dari dobi. K tahu takde siapa tanya. haha. Saja nak cakap. So, memandangkan pyka sekarang tengah merehatkan diri dihadapan kipas, pyka ingat nak kongsi tips sikit huhu. Siapa sini ada masalah kulit dan taktahu kulit jenis macam mana? Berminyak ke, kering ke, separa minyak? Ha.., harini kita merungkai jenis kulit anda *macam tagline motif viral pulak huhu 




JENIS KULIT:



KULIT BERMINYAK

1. Basahkan wajah anda dan biarkan sehingga kering. Kemudian, gunakan tisu atau jari tangan untuk menekan bahagian kening, pipi dan dagu. Jika anda lihat ada minyak pada tisu atau jari, maka itu bermaksud kulit wajah anda adalah jenis yang berminyak.

KULIT KERING

2. Ulangkan kaedah seperti di atas. Jika anda tidak melihat ada minyak pada tisu atau tangan, itu bermaksud kulit wajah anda adalah jenis kulit kering.

KULIT SEPARA MINYAK SEPARA KERING

3. Kebiasannya, orang yang mempunyai kulit jenis ini, akan mempunyai bahagian muka yang berminyak pada tempat tertentu seperti di kening, hidung dan dagu, manakala, bahagian lain pula kering.
Kebiasaannya, orang yang mempunyai jenis kulit berminyak atau kering-berminyak, sering berdepan dengan risiko kulit yang mudah berjerawat.

So, sekarang ni dah tahukan kulit korang yang mana satu? hehe dah boleh la beli skincare yang sesuai untuk kulit muka. Goodluck jadi peloles ye 


0 Comments