Powered by Blogger.

Tips: Penjagaan Selepas Pembedahan Tonsil

by - Friday, October 27, 2017

Assalamualaikum



Apakah tonsilitis?

Tonsilitis ialah keradangan tonsil akibat daripada jangkitan virus atau bakteria. Ia menyebabkan tonsil menjadi bengkak, merah dan sakit. Jangkitan tonsil kerap berlaku terutamanya di kalangan kanak-kanak.

Tonsil perlu dibuang dalam beberapa keadaan seperti kerap mendapat jangkitan (Tonsilitis), terlalu besar sehingga menganggu pernafasan dan bila disyaki kanser tisu limfoid.


Apakah persediaan sebelum pembedahan?

  • Darah anda akan diambil untuk pemeriksaan sebelum pembedahan
  • Anda akan dimasukkan ke wad sekurang-kurangnya sehari sebelum pembedahan.
  • Penilaian oleh dokter bius dilakukan sehari sebelum pembedahan.
  • Pastikan anda / anak anda tdak menghidap sebarang demam / batuk / selsema teruk sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum pembedahan.
  • Pesakit diberi bius sepenuhnya semasa pembedahan dijalankan.
  • Pastikan anda berhenti sebarang pengambilan ubat cair darah sebelum pembedahan iaitu 10-14 hari.


PENDIDIKAN KESIHATAN SELEPAS PEMBEDAHAN

A) Pemakanan 


  • Pesakit digalakkan supaya makan bagi mempercepatkan proses penyembuhan
  • Pesakit digalakkan untuk mengambil makanan yang tinggi protein dan lembut pada peringkat awal seperti bubur, jeli, ais krim dan sebagainya.
  • Pesakit dinasihatkan supaya minum air yang secukupnya bagi mengekalkan hidrasi tubuh badan di mana ini dapat mengurangkan kesakitan.
  • Pesakit dinasihatkan agar mengambil diet yang seimbang. Elakkan dari mengmabil diet yang panas, pedas, berminyak dan masam yang boleh menyebabkan iritasi dan berlaku kesakitan serta pendarahan.

B) PENGAMBILAN UBAT

  • Pesakit dinasihatkan untuk menghabiskan ubat antibiotik yang diberi untuk mengelakkan jangkitan di kawasan luka pembedahan (sekiranya diberi)
  • Lakukan kumuran terutamanya sebelum dan selepas makan untuk mengekalkan kebersihan luka pembedahan.

C) PENCEGAHAN

  • Elak dari mengunjungi kawasan terdapat orang ramai bagi mengurangkan jangkitan (sekurang-kurangnya 2 minggu selepas pembedahan). Sekiranya perlu, pesakit dinasihatkan memakai topeng muka (face mask)
  • Elak daripada mengambil alkohol dan rokok yang mana boleh melambatkan proses penyembuhan.
D) RAWATAN SUSULAN

  • Sekiranya pesakit demam atau sakit semakin teruk atau pendarahan semasa di rumah, dapatkan rawatn segera di hospital berdekatan
  • Pesakit dinasihatkan supaya datang mendapatkan rawatan susulan.

Rujukan : Flyers Hospital Ampang

You May Also Like

0 comments

Saya hanya menulis. Jika ada terkasar bahasa. Maafkan saya. Jika terjatuh cinta dengan penulisan saya, Sila Komen