Powered by Blogger.

What Is Depression

by - Friday, October 27, 2017




Kemurungan ialah penyakit yang benar-benar wujud dan mempunyai punca-punca dan gejala-gejala yang nyata. Memandangkan setiap orang adalah berbeza, maka gejala-gejalanyang dialami turut berbeza antara satu sama lain. Malah bukan setiap orang akan mendapat kesemua gejala dan bukan semua orang mengalami gejala-gejala yang sama. Namun gejala-gejala ini biasanya akan mempengaruhi kehidupan harian kita dan berkekalan.

Semasa melakukan diagnosis, doktor akan mempertimbangkan kesriusan, tempoh kewujudan gejala dan sama ada gejala-gejala terbabit muncul serentak. Antara tanda-tanda seseorang itu mengalami kemurungan ialah :-


Tanda-tanda emosi
  • Berasa sedih sepanjang masa
  • Hilang minat, tumpuan dan motivasi
  • Sentiasa dalam keadaan tertekan
  • Gelisah
  • Rasa bersalah
  • Mempunyai naluri untuk bunuh diri

Tanda-tanda Fizikal
  • Kelesuan
  • Gangguan tidur
  • Sakit kepala
  • Perubahan psikomotor
  • Gangguan dalam sistem penghadaman
  • Gangguan selera makan
  • Sakit badan
Kebanyakan pesakit-pesakit yang mengalami kemurungan mempunyai gabungan tanda-tanda emosi dan fizikal.

Jika anda rasa mana-mana gejala di atas, menepati pada diri anda, mungkin perbincangan dengan doktor dapat membantu anda




Apakah punca penyakit kemurungan?
Kebanyakan doktor percaya bahawa ketidakseimbangan serotonin dan norepinephrine merupakan punca kemurungan. Serotonin dan neropinephrine ialah baan kimia yang wujud secara semulajadi dalam tubuh badan. Para penyelidik mendapati bahawa terdapat keluarga yang cenderung kepada penyakit kemurungan ini mungkin disebabkan tekanan darah tinggi dan kencing manis.

Kemurungan boleh dicetuskan oleh beberapa faktro secara berasingan atau bersama. Faktor-faktor ini termasuk tekanan yang berpunca daripada penceraian, kematian ahli keluarga atau sahabt karib dan sebagainya.

Selain daripada itu, penyakit kronik atau pembedahan utama juga boleh mengakibatkan penyakit kemurungan. Malah sesetengah rawatan perubatan termasuk ubat-ubat kardiovaskular, hormon, pil pencegah kehamilan ddan ubat-ubat penyakit Parkinson juga boleh menyebabkan kemurungan atau keburukan keadaannya.

Kadangkala, punca penyakit kemurungan tidak dapat dikenal pasti. Ia mungkin tercetus secara mendadak dan tanpa sebarang faktor yang nyata.

Walau apa jua puncanya, terdapat rawatan yang berkesan dan selamat untuk rawatan penyakit kemurungan.
Jom bantu pyka untuk mengenalpasti jumlah rakyat Malaysia yang mungkin mengalami kecelaruan panik dengan klik di google form DISINI.........

Jika ingin sebarang Medical Information, boleh isi Nama, Email dan Message anda di Contact Form di sidebar

You May Also Like

0 comments

Saya hanya menulis. Jika ada terkasar bahasa. Maafkan saya. Jika terjatuh cinta dengan penulisan saya, Sila Komen