Powered by Blogger.

Resepi: Ayam Buttermilk

by - Thursday, November 02, 2017


HI!, Harini pyka nak share resepi ayam buttermilk. Resepi ni sangat-sangat mudah. Yang baru nak belajar masak pun boleh try resepi ni..


Bahan-bahan:
  • 2 ketul ayam bahagian dada
  • 1/2 tin susu cair
  • 3 ulas bawang putih, hiris halus
  • 1/2 biji bawang besar holland atau biasa, dipotong dadu
  • 4 sudu besar mentega
  • 2 tangkai daun kari
  • 4 biji cili padi

Bahan salut ayam:
  • 2-3 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 1 biji telur
  • Sedikit garam
  • Air secukupnya

Cara-cara:

  1. Potong dadu isi ayam, bersihkan dan toskan airnya.
  2. Masukkan telur dan garam ke atas ayam dan gaulkan sebati.
  3. Masukkan tepung, serbuk kari dan sedikit air. Kacau supaya tepung pekat dan menyaluti ayam. Perap selama 30 minit atau lebih.
  4. Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
Cara-cara ayam buttermilk
  1. Dalam kuali, panaskan butter sehingga cair dan tumis bawang putih, cili dan daun kari sehingga naik bau.
  2. Masukkan susu cair dan bawang besar. Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi.
  3. Masak sehingga kuah sedikit pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.


sumber gambar dari google

You May Also Like

0 comments

Saya hanya menulis. Jika ada terkasar bahasa. Maafkan saya. Jika terjatuh cinta dengan penulisan saya, Sila Komen