Review: Jamu Ma'ajun Petani



Assalamualaikum

Harini pyka nak buat review sikit. Jamu? Sebenarnya lebih kepada herba. Jamu ni sebenarnya bahasa Indonesia yang bermaksud ubat tradisional. Jamu ni sebenarnya diperbuat daripada akar-akar kayu, daun-daun, kulit batang, atau kemungkinan daripada dalaman haiwan. Tapi kebanyakannya diperbuat daripada akar kayu, daun-daun dan kulit batang. Jamu yang pyka nak review ni sangat popular dan jangan risau. Jamu ni selamat sebab ada KKM punya logo.


Nampak tak ada sticket kelabu? Ha, tu sticker dari KKM. Maksudnya jamu ni tanpa bahan-bahan terlarang. Jamu ni harga dia cuma RM7.00 . Murahkan? Ada dua jenis. Satu yang harga RM7.00 dan satu lagi berharga RM11.80. Bezanya, yang pyka beli RM7.00, dalam dia macam dodol. Seketul besar. Kena la ambil sebesar ibu jari untuk makan. Tapi, kalau yang harga RM11.80 tu, dia dah siap jadi bulat kecil. Siap untuk makan. Pyka baru je start makan jamu ni semalam. Sembang-sembang dengan mak pyka, lepastu terus beli. hehe. Ok panjang sangat bebel, jom tengok benefit jamu ni..

Benefit:
  • Melawaskan buang air kecil dan besar
  • Memanaskan badan yang sejuk
  • Mengurangkan angin dalam badan
  • Melegakan sakit-sakit badan
  • Memberi tenaga
  • Melancarkan perjalanan haid
  • Melegakan sakit pinggang
  • Sesuai untuk ibu-ibu lepas bersalin
Banyakkan benefit? Boleh kurus tau kalau amalkan jamu ni. hehe. Kesan yang korang akan dapat seawal 2 hari. Rasa sedap je badan. Tapi disebabkan cuaca dekat Malaysia ni kejap sejuk kejap panas, korang boleh stop makan sekiranya cuaca panas. Jamu ni pun sesuai untuk ibu-ibu yang baru lepas bersalin. Selain itu, jamu ini sesuai untuk lelaki dan perempuan. Seronokkan? Try la makan. Rasa dia pun tak pahit. Rasa dia manis je.



Amaran! Jamu ini tidak sesuai diambil oleh ibu-ibu mengandung dan wanita datang haid

6 Comments

  1. Wow for the benefit!
    Jamu ini manis? Karena tak suka minum jamu, pahit :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pahit pun. Seronok je makan. Try la. Bagus untuk badan. Pyka pun tak suka jamu sbb pahit sangat. Tapi jamu ni tak pahit lansung

      Delete
  2. lepas makan ni kerap tak membuang?

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depends dengan berapa banyak air kita minum. Kalau kita minum 3liter sehari, lagi senang nak buang. Kalau kuran dari 2liter, selalunya sehari sekali. Tapi kalau makan jamu memang kena minum air banyak. Jamu ni panas

      Delete
  3. tak pernah try jamu. how does it taste??

    ReplyDelete