Tips: Cara Mengatasi Sikap Malas


Assalamualaikum!

Eh! Kenapa pyka tulis entri macam ni? Sebenarnya tak sampai seminggu, pyka akan naik semester 2. So, pyka saja la search dekat pakcik google macam mana nak mengatasi sikap malas / lesu / kurang aktif ni. Sebab masa sem 1, pyka hadapi masalah lesu sampai rasa takde semangat nak pergi kelas, takde rasa nak bergaul dengan orang dan macam-macam lagi.. So untuk sem 2 ni, pyka decide untuk ubah segalanya termasuklah persepsi orang terhadap pyka. Pyka jumpa artikel ni dekat SINI . 


Tahap malas pyka ni teruk sangat sampai nak mandi time takde kelas pun malas. Kalau boleh nak berguling je dekat atas katil seharian. Lagi-lagi bila time hujan. Allahu. ahahha. Tapi tu la tak sedap la orang dok tengok kita ni berguling. Solat pun lambat, mandi lambat, kerja asyik tidur je. Anak dara pemalas. hehe. So puas dah bebel pasal diri sendiri, pyka nak bagi tips sikit..


Malas merupakan salah satu sikap yang memang ada dalam diri manusia. Sikap malas lah yang membuatkan seseorang malas berusaha dan tidak mengendahkan masa hadapan. Terdapat beberapa punca yang menyebabkan seseorang menjadi malas iaitu:

  • Senang dengan keadaan sekarang
  • Kurang motivasi diri
  • Terpengaruh oleh orang lain
  • Kurang dorongan diberikan
  • Pengambilan ubat yang melemahkan mental dan fizikal
  • Tubuh letih
Untuk menjadi orang yang berjaya, sikap malas tersebut harus dibuang dan gantikan dengan cara hidup baru. Orang malas selalu nya akan rugi oleh itu adakah kita mahu tergolong dalam orang yang rugi itu? Berikut merupakan cara mengatasi masalah malas:
  • Mendekatkan diri dengan tuhan agar terhindar daripada hasutan syaitan
  • Banyakkan membaca buku atau kisah motivasi
  • Tanamkan sikap positif
  • Ingat akan tanggungjawab kepada diri dan keluarga
  • Tetapkan matlamat hidup
  • Mengambil makanan yang menyalurkan vitamin kepada tubuh
  • Selalu berfikir kesan sikap malas *contohnya macam pointer pyka. hmm. sedih
Jadi, maksudnya sikap malas tidak akan mendatangkan faedah kepada kita dan ia hanya menyebabkan kita kerugian. Apa yang kita rugi? Kita telah rugi masa, tenaga yang tak dicurahkan, peluang yang seharusnya kita dapat, rezeki yang sepatutnya kita perolehi.

2 Comments

  1. Yes betul betul betul. Kena buang sikap malas tu.

    ReplyDelete
  2. Dulu time bujang pon mmg malas nk bangun pgi.nk masak n kemas umah..tp bila kawen totally hidup berubah..automatik jdi rajin.hehe..dri terpaksa..terus jdi terbiasa.

    ReplyDelete