Powered by Blogger.

Medic: Panic Disorder

by - Monday, December 25, 2017

Assalamualaikum semua!

Malam ni pyka tergerak hati pula nak tabur sikit ilmu tentang kemurungan. Tapi pyka tak share secara umum sebab secara umum dah banyak orang share segala sintom dan sebagainya. Just search je ciri-ciri kemurungan. Adalah la nanti. So, pyka nak cerita sikit tentang Panic Disorder. 


Bagaimana Kecelaruan Panik (Panic Disorder) menjejaskan hidup anda?

Kecelaruan Panik merupakan penyakit yang amat menakutkan dan mengganggu kehidupan pesakit kerana PD (Panic Disorder) mengalami simptom-simptom serangan panik yang menggerunkan dan sentiasa takut serangan panik akan berulang. Banyak tanda-tanda penyakit ini menyerupai penyakit yang lain seperti sakit jantung, masalah tiroid dan gangguan pernafasan. Oleh itu, pesakit PD sering membuat kunjungan ke klinik  atau bilik kecemasan, yakin bahwa mereka ada penyakit yang mengancam nyawa mereka. Biasanya, ia mengambil masa selama beberapa bulan atau tahun sebelum diagnosis PD dikenalpastikan. Sesetengah pesakit PD takut atau malu untuk memberitahu sesiapa termasuk doktor atau orang tersayang tentang maslah mereka keran mereka takut digelar hipokondriak. Sebaliknya, mereka mendiamkan diri dan menjauhkan diri daripada rakan-rakan dan keluarga yang boleh bantu mereka.

PD sering berlaku bersama dengan gangguan mental dan fizikal yang lain seperti kecelaruan keresahan (Anxiety), sindrom gangguan usus, penyakit lelah (asma) dan penyalahgunaan ubat. Ini akan menyukarkan doktor untuk membuat diagnosis dan rawatan yang tepat.

Apakah yang menyebabkan Kecelaruan Panik (Panic Disorder)?

Punca yang menyebabkan PD masih tidak diketahui. Penyelidikan mencadangkan bahawa faktor biologi / genetik, personaliti dan persekitaran turut terlibat.

Apakah rawatan yang sediakini?

Mujurlah kebanyakan individu yang mendapatkan rawatan untuk PD atau kecelaruan keresahan lain dapat melihat keadaan mereka bertambah baik dan menikmati kehidupan yang lebih berkualiti. Kini, terdapat banyak jenis rawatan termasuk terapi kognitif tingkah laku, terapi pendedahan, pengurusan keresahan dan ubat-ubatan. Salah satu atau kombinasi terapi yang tersebut akan dicadangkan kepada pesakit. Pesakit patut faham bahawa tiada satu rawatan yang 'betul' dan rawatan yang berkesan untuk seseorang tidak semestinya sesuai untuk individu lain. Pakej rawatan patut dipilih supaya sesuai untuk individu tertentu. Sebelum memulakan rawatan, dapatkan penjelasan daripada doktor anda tentang sebabnya mengesyorkan rawatn tertentu, adakah terdapat pilihan rawatn lain dan apa yang diamalkan dalam proses pemulihan.

5 langkah mengatasi keresahan

  1. Bersenam, bersiar-siar atau berlari dan menari. Gerakkan badan anda!
  2. Bersembang dengan seseorang. Suami/Isteri, anak atau doktor
  3. Tulis diari harian. Kenalpasti unsur-unsur yang akan mencetuskan keresahan anda.
  4. Makan secara seimbang dan tepat masa. Elakkan kafien yang menyebabkan gejala keresahan
  5. Berjumpa dengan doktor keluarga anda. Biarlah doktor membantu anda
Jom bantu pyka untuk mengenalpasti jumlah rakyat Malaysia yang mungkin mengalami kecelaruan panik dengan klik di google form DISINI.........

Jika ingin sebarang Medical Information, boleh isi Nama, Email dan Message anda di Contact Form di sidebar

Itu sahaja maklumat tentang Panic Disorder. InShaaAllah kemudian hari pyka akan ceritakan lagi tentang Mental Disorder dan lebih mendalam. hehe. Byee

You May Also Like

1 comments

  1. thank you for this into, needed! sbb bnda ni kan penting untuk future

    ReplyDelete

Saya hanya menulis. Jika ada terkasar bahasa. Maafkan saya. Jika terjatuh cinta dengan penulisan saya, Sila Komen