Review: Golden Bar Soap Sendayu Tinggi (ST)

Assalamualaikum w.b.t, harini pyka taknak cakap banyak, pyka cuma nak bagi sedikit review dengan Golden Bar Soap dari Sendayu Tinggi. Sejujurnya, pyka bukanlah penggemar product local. Disebabkan terlalu ramai yang muka break out sebab produk timbang kilo ni, so pyka jadi takut nak guna sebarang produk yg diperbuat daripada orang Malaysia sendiri. Tapi itu bukan bermaksud pyka tk support local produk, cumanya agak berhati-hati. Okay tanpa melengahkan masa, meh pyka bagi sedikit free review terhadap produk Sendayu Tinggi.



  • Harga
Harga sangat murah. Ada sesetengah sabun dekat drugstore sampai berpuluh, itu pun tetap tak berkesan. Tapi Golden Bar Soap ni dia sangat murah. Even normal price hanya RM15.90 tapi kalau jadi ahli harga menjadi RM14.30


  • Tahan Lama
Untuk bar soap ni, korang jangan pakai macam sabun buku untuk mandi tu. terus sapu dekat muka banyak gitu. Bazir! korang potong la sabun tu kepada petak kecik lepastu masukkan dalam satu bekas kecik. Sabun ni boleh tahan selama 3 bulan! ha lama kan? Tak payah beli setiap bulan. Jimat RM15.90 haha

  • Tekstur
Tekstur yang sangat lembut bagi pyka. Dia tak ada effect berangin atau rasa muka ketat bila guna. Sabun ni light weight actually. Bila pakai tu, rasa seronok je gosok dekat muka


  • Kesesuaian
Sabun ni sesuai digunakan oleh orang yang mempunyai masalah jerawat pasir atau kulit muka kombinasi. Macam pyka, pyka ada jerawat pasir. Asal pegang je muka, rasa menggerutu sebab jerawat pasir banyak sangat terutama dekat T-zone. Mula-mula pyka try guna Acne Bar Soap tapi tak sesuai dengan kulit muka pyka. Which is pyka rasa ketat je dekat muka, and kulit jadi kering. Lepastu pyka terus search sabun apa yang boleh digunakan untuk masalah jerawat pasir macam pyka. Pyka jumpa post Sendayu Tinggi, dia recommend sabun Golden Bar Soap


Alhamdulillah sampai situ sahaja pyka punya free review dengan produk Sendayu Tinggi. Kalau ada sebarang cadangan nak review apa, boleh komen dekat bawah





2 Comments